Merapu

Nak dikatakan agak lama juga aku nak cuba tulis sebuah blog dalam bahasa ibunda yang tersayang ni ataupun dalam erti kata lain yang lebih accurate blog yang menggunakan ā€œbahasa rojakā€ sebab kalau aku nak tulis dalam bahasa Melayu formal sepenuhnya memang mengarut je la aku tulis. Aku ni bukan pandai BM sangat pun so kalau ada perkataan yang menggunakan imbuhan entah apa-apa yang tak make sense pun and ayat yang skema gila then you know why.Ā MOVING ON.


Muzik. Dari kecil lagi aku minat muzik and dalam kepala otak aku ni aku memang tak boleh nak comprehend jenis orang yang kata diorang tak dengar muzik. Seriously? Habis tu kau dengar apa? Sekdar angin dan bunyi kipas? Aku boleh katakan ni sama juga kepada mereka yang hanya exclusively listen to lagu radio mainstream yang membosankan ataupun orang yang kata diorang tak minat tengok filem langsung tapi yang itu topik untuk hari yang lain.


Balik semula kepada muzik. Masa aku kecil aku hanya sekadar dengar lagu radio sahaja sehingga la satu tahun tu, aku dah tak ingat bila, ayah aku beli kereta baru yang boleh connect speaker kepada phone dan dari situ ayah aku ada mula main lagu dari band classic rock seperti kugiranĀ The BeatlesĀ danĀ Queen. Aku tak fikirkan banyak masa itu, hanya yang bagi aku lagu semua ini sedap didengar dan band yang ayah aku mainkan itu adalah popular.


Menjelang ke beberapa tahun kemudian dan Malaysia, as well as the rest of the world, mengalami sebuah global pandemic. Waktu itu aku mula terpekap dalam alam maya Internet ini and dari situ aku mula jumpa muzik yang lain daripada apa yang radio mainkan. Salah satu artist tersebut dipanggilĀ Lemon Demon, boleh dikatakan juga sebagai sebuah projek muzik yang dijayakan oleh seorang mat salleh dari Amerika bernamaĀ Neil Cicierega. Tak boleh lupa lagi kali pertama aku dengarkan album terakhirnya (buat masa sekarang)Ā Spirit Phone, album yang menggabungkan genre synthpop dengan bunyi-bunyi lain yang memang tak masuk akal dan admittedly tidak sesuai untuk disajikan kepada masyarakat majmuk. Dan bagi aku Lemon Demon ni boleh dikatakan setaraf dengan artis tak masuk akal lain, jenis artis yang suka buat kacau dan mempunyai peminat kultus sepertiĀ DEVOĀ atau band new wave popular sepertiĀ Talking HeadsĀ walapun memang nyata band-band ini takdela bunyi sama mana pun denganĀ Lemon Demon. Mungkin yang sama hanya sekadar peminatnya yang juga sama naik perangai pelik dan mengekspresi diri tanpa kisan pasal pendapat orang lain.


Tapi despite all of this aku tak tahu entah kenapa aku macam tak ada keinginan untuk pick up dan belajar sebuah instrument sehinggalah mungkin beberapa tahun lepas, tahun 2022, aku minta ibubapaku membeli sebuah keyboard (bukan yang untuk komputer ya) buat hari jadi ke-14. Aku bercadang untuk self learn instrument tersebut tetapi malangnya tak berbuah hasilnya. Tahun lepas aku mula ambil kelas piano tetapi aku keluar dari situ untuk sebab tertentu berkaitan dengan staff tidak dibayar gaji dan pindah ke pusat muzik yang aku pergi sekarang ni. Memang pelik yang aku ni dah umur besar gajah dan barely pass lagi standard grade 1 tapi nak buat macam mana, lagi baik aku mula sekarang daripada aku tak mula langsung. And sekarang mungkin kau bertanya, mengapa belajar piano/keyboard? Well semua tu kau boleh tanya kepada comedianĀ Bo BurnhamĀ yang menghasut aku sejak PKP lagi untuk belajar instrument tersebut. Acah-acah nak buat lagu macam dia yang menggunakan lirik satire dan genius sambil mengkritik hal benda trend zaman sekarang and so on so forth. Lagu beliauĀ Look Who’s Inside AgainĀ antara lagu pertama aku cuba belajar sendiri atas keyboard aku sebab penggunaan chordnya yang berulang tapi aku masa tu tak faham tempo dan bila aku main jadi lain gamaknya. Mungkin aku patut belajar main gitar tapi selepas kelas ukulele aku dekat sekolah masa tingkatan 3 aku tak ingin lagi nak menghadap instrument yang menggunakan tali macam itu.Ā 


Aku pula tak pandai nak nyanyi. Mungkin kalau at the very least aku pandai main gitar aku boleh jadi macamĀ Alex Giannascoli. PenyanyiĀ Kimya DawsonĀ dariĀ The Moldy PeachesĀ juga ternyata tidaklah menggunakan vokal yang begitu susah so apa yang nak hentikan aku. Kau tengokĀ Will ToledoĀ dariĀ Carseat HeadrestĀ atau frontman band midwestern emo mana-mana, suara diorang boleh dikatakan hanya biasa-biasa saja sebagai vokalis tetapi dengan instrumental yang solid dan mengancam lagu diorang tetap boleh jadi top. Penyanyi band punk juga kadangkala ada yang menggunakan jeritan yang serak semata-mata tapi asalkan mesej yang hendak disampaikan tercapai maka objektif mereka juga telah selesai. Ya, memang betul bahawa muzik itu subjektif dan tak semuanya sesuai dinikmati oleh khalayak ramai tetapi asalkan ada satu golongan yang rasa kau tu cool then bagi aku sudah cukup la begitu.Ā 


Mungkin aku ini sesuai sekadar ketuk gendang atau tong sampai buat bunyi dram di latar belakang ataupun aku ini sesuai jadi orang yang bergaul dengar para peminat muzik yang lain. Ya aku ada juga impian nak jadi interviewer legend dan terkenal seperti Nardwuar mungkin dengan gabungan style aku tersendiri tapi unfortunately aku tak ada equipment yang tepat. Jadi apa lagi yang tinggal? Zine. Aku buat zine sebab dalam banyak benda dalam hidup ini menulis sahaja yang tinggal untuk aku. Aku menulis di blog sebegini, aku menulis dalam jurnal dan aku menulis dalam aplikasi Notes phone aku. Kalau aku tak berfikir aku menulis. Menulis, menulis dan menulis sampai la aku dah tak ada apa untuk disampaikan atau tangan aku dah lenguh daripada memegang pen atau menaip.Ā 


Jadi konklusinya apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya? Sejujurnya aku pun tak tahu dan dah lupa. Itu salah satu lagi masalah aku, aku suka menulis tanpa ada hala tuju whatsoever so hasilnya aku menulis sekadar syok sendiri dan merapu bagi orang yang membacanya tapi itulah dia.


-Statiscit [9:43AM 28/6/2025]


2 Kudos

Comments

Displaying 0 of 0 comments ( View all | Add Comment )